Pages

Previous Entry Kena Baca Jugak :)

Friday, 4 November 2016

Nak Nombor Telefon Awak Boleh?


================================
*Dah baca screenshot kat atas tu? ok..ni aku nak kongsi cerita aku pulak*
.
Aku ni jenis nak mengorat perempuan memang fail gila.
Sebab aku ni pemalu nak mampus.
Nak berdepan depan perempuan(awek) yang tak kenal pun tak berani, inikan nak mintak nombor phone😂
.
So, seingat aku.. ada 1x jer aku pernah try sorang awek strangers ni.
Strangers maksudnya yang takder kaitan dengan kawan2 sekeliling aku ok.
.
aku dah lupa tahun bila, (2007 kot) masa tu dekat cheras leisure mall, baru lepas habis shooting drama 'Bong'.
aku join member2 aku jadi extra jer. Geng bebudak scooter.
Balik dari mall, kitorang nak lepak makan kt gerai depan2 dia tu.
Masa tu la aku ternampak sorang awek ni boleh tahan cun la.. tapi bukan cun yang macam awek hijabers zaman sekarang ni. Zaman tu tak wujud pun lagi perkataan & trend hijabster ni semua.
Tu zaman ya'a aw! 😆
Boleh aku katakan awek tu geng awek ranggi la.
Aku masa tu tak kisah pun dia tu awek ranggi ke, awek geng moto ker, geng mamak ke, geng surau ke mahupun geng usrah.
Aku mula tu lepak 1 table dengan member2..
Lepastu tengah duduk tu aku dok toleh tengok dia berkali2 sebab aku terasa macam dia tu ada aura untuk buat aku toleh berkali2.
.
Kawan2 pun dok suruh mintak nombor fon jer.
Ok, aku masa tu malu2 wei sebab 1 table dengan awek tu ada sorang lagi awek & member laki dia. Aku assume tu boyfriend dia la.
Member aku racun2 cakap tu bukan bf dia. Muka pun takder lagak bf. cam lepak biasa jer.
Aku pun beranikan diri bangun & pergi kat dia nak mintak nombor fon.
Aku pakai hp Cokia 3310 & cokia yg 5 series waterproof tu jer dulu. Hp 2nd hand beli kt Sungei Wang dulu kah!😂
Aku masa tu berambut dreadlock, so aku risau la awek tu ingat aku ni mat ganja suka stone no women no cry la katanyaa🚬😗.
Rokok n shisha pun tak hisap wei, inikan benda perasap lain haha.
.
Dengan berkat keberanian dragon ball 7 biji aku mengadap dia dan
"salam,wak.. nak berkenalan boleh?"
.
dia tenung aku atas bawah dengan gaya duduk tersadai kat kerusi kedai makan tu. Gaya awek rempit.
Aku tak peduli dia minah moto ke apa. Aku just nak berkenalan nak tau siapa dia.
.
Aku hulur hp aku yang waterproof tu sebab tu 2nd nombor aku. Nombor hp untuk strangers.
Aku suruh dia keyin kan kalau dia nak.
.
Dia ambik & dia keyin sebab nak jaga air muka aku kot..😁 lagipun mamat yang duduk sebelah dia tu tenung aku kecik besar kecik besar jer.
Alaaa.. mamat tu pun kecik lagi dari aku. so aku berani la sikit berdiri situ lama2 hahaha!
Lepas dia bagi aku datang balik ke table aku n kawan2.. fuh~ rasa segak bergaya berjaya dapat nombor fon awek wei 😝
.
Balik ke rumah, aku try message dia.. Dia reply tapi kau faham2 la.. 
awek dari kalangan strangers ni mana nak layan sangat jantan yang tiba2 muncul depan dia.
Mesti dia nak berkawan dengan kalangan kawan2 terdekat jer.
Hermm aku tak berapa ingat, mungkin tak sampai seminggu jer aku message dengan dia. Pastu dia dah malas layan aku.
Message pun reply macam nak tak nak.
So aku ni jenis malas nak panjang cerita kalau spesis manusia macam ni.
Once aku dah nampak perangai malas dia & kali kedua aku bagi 'pressure' sikit nak berkenalan lebih lanjut tapi dia tak layan jugak. memang aku angkat kaki blah terus.
.
Buat apa buang masa usaha & usaha lebih2 wei? Konon nak uji hati & kejujuran kita nak berkenalan? Eh poorah la.. ni bukan zaman 90'an nak main balas2 surat berbulan main test2 la.. 2007 tu dah consider zaman pentium 4 and nak masuk core two duo ok!
benda kena laju, cepat bertindak proses cepat..lambat2 main pending buffering ni memang aku terus delete file & clean trashbin jer.
.
So aku tak contact awek tu dah selepas beberapa hari respond hambar dari dia.
Beberapa minggu lepas tu, aku fly ke Jakarta untuk perancangan awal 3,4 bulan membawak ke 7 bulan disana!
Bukan bawak hati yang duka laraa..aku ada job Yoyo Promotion kt sana masa tu.
The rest is history 😊✌🏻
.
Sekian sahaja cerita aku pasal 'kemaluan' & keberanian mengorat awek strangers..
It is a challenging task nak berkenalan dengan perempuan dari kelompok strangers ni.
Bukan dari kenalan rapat mahupun rakan sekerja ataupun rakan sepermainan.
Sebab tu juga aku suka travel & tengok dunia, sebab aku nak tengok macam mana strangers di negara lain berbanding di negara sendiri.
Bukan hanya awek strangers, malah masyarakat tu sendiri.
Lain kali la aku cerita lagi kalau aku sudi😌✌🏻
#CeritaPanjangPeribadiMoji

ni link post asal dekat fb page aku : Original Post
========================

atas permintaan korang, ni haaa gambar aku berambut Dreadlocks dulu..
zaman main scooter..
Zaman Dreadlocks aku lagi awal aku start dari zaman main scooter.

#GSC #GhettoScootClan zaman tu weii😁✌🏻
Ni gambar selepas potong pendek dreads aku. Kira2 setahun selepas buat.
.
[Additional]
.
Nombor telefon yang kedua untuk strangers tu sekarang dah jadi main number aku dah. Beli tahun 2005 sampai sekarang maintain nombor sama.
Nak godek simcards ni cari nombor fon lama2 pun dah tak boleh. Kot2 la ada wujud lagi nombor awek tu boleh try sekali lagi😌👉🏻👈🏻
.
Nombor pertama pakai 2003 dah berkubur dah😭

3 comments:

  1. Bohsia Penang - 017-727 5373 (body sempoi)

    ReplyDelete
  2. Tahniah broc. Ada keberanian . Hahah . Nice try

    ReplyDelete
  3. Tahniah broc. Ada keberanian . Hahah . Nice try

    ReplyDelete