Pages

Previous Entry Kena Baca Jugak :)

Friday, 25 March 2016

Tabiat Makan Manusia

*Cerita ini telah ditulis pada 25 Mac 2013 sewaktu sedang mengembara di Laos.
Aku kongsikan semula disini untuk rujukan masa hadapan.

Curhat malam hari di Vang Vieng.
*sebelum tu,hanya nak bagitau.lain orang lain cara & lain orang lain rezeki mereka*

mungkin bukan cara lifestyle aku,
tapi,bagi kebanyakan orang yang berkemampuan,seakan 1 budaya & tabiat bila mana setiap hari hujung minggu (sebenarnya hampir bila2 masa) akan jadi seperti HARI MAKAN SEDUNIA..
makan mewah2 dan berjalan bersuka ria.
------------------------




sushi,fine dinner,fast food,outside town food,atau apa2 sahaja makanan mewah yang bagai ianya seperti ingin 'meraikan atau menganugerahkan' pada diri sendiri atas penat lelah bekerja sepanjang hari (isnin-jumaat)
- SETIAP MINGGU untuk sepanjang HIDUP (selagi termampu).
itu sudah pasti.

bohong kalau aku katakan aku tidak pernah makan fastfood..tapi kekerapannya SANGAT sedikit..
sampaikan Mc'D atau KFC tuh boleh katakan dalam setahun mungkin 2,3kali sahaja aku makan (jika di Malaysia).
aku tidak raikan & anugerahkan diri aku dengan memuaskan nafsu serakah makannnnnnnnn jer semata2..(maybe on some special occasion ada la)

jadi 1 trend mereka yang hidup di kota besar & yang berkemampuan untuk makan setiap masa & makan yang mewah2.
tidak bagi aku..aku makan mana yang aku termampu.
kejadian lewat petang semalam membuatkan aku tersentak hati,lebih bersyukur (cliché),berfikir panjang & sedih dlm diam.

- sewaktu aku selesai memasak mee segera di bawah jambatan di tepi sungai Nam Song di Vang Vieng​,seorang kanak2 perempuan kecil sekitar umur 7-9tahun berdiri rapat & tidak berganjak jauh dari aku walaupun aku sudah selesai makan..
aku ingatkan dia nak tengok aku sampai selesai shoot video..tapi rupanya bukan.
rakanku mengatakan dia inginkan lebih mee segera..
AKU INGATKAN (sekali lagi) dia ingin mencuba mee segera yang aku masak tadi..jadi aku bergegas la nak ambik bekas masakan & dapur gas kecil untuk masak sebungkus lagi untuk dia merasa masakan sejati orang bujang malaysia tu.
RUPANYA kanak2 perempuan itu inginkan mee segera aku yang berlebihan..
jadi,aku berikan lagi 3-4 bungkus mee segera & 4 bungkus kecil ketupat segera.
yang membuatkan aku lebih tersentak,selepas dia dapat bungkusan makanan daripada aku,
kanak2 perempuan itu terus beransur pergi meninggalkan kami..
tapi,dengan cara yang sangat berbeza..
dia masuk kedalam sungai & menyusuri arus membawa diri dia berenang2 kecil sehingga ke hilir sungai..
nasib baik aku bagi dia plastik besar untuk sumbat kesemua mee segera itu,jika tidak,pasti susah untuk dia pegang sambil berenang..dan mungkin juga akan basah isi di dalamnya.
aku ikut dia dari belakang & cuba mengambil gambar & video dia..
sehingga la jarak kira-kira 300m,dia naik ke daratan & terus mengambil basikal dia yang terletak di daratan..
terus pulang ke rumah dia pada waktu lewat senja..

sedih pulak aku tengok cara dia balik tu..tengok macam bahaya jugak la..walaupun air sungai hanya paras dada itik berenang :p

*kanak-kanak lelaki yang ada di bawah jambatan tidak berminat untuk membawa pulang lebihan mee segera aku..mereka hanya makan sedikit bersama aku..
hanya kanak2 perempuan itu yang meminta lebihan dari aku*

Video di Vang Vieng - Kembara Backpackers Bersama Moji

-Nazri Arshad/Moji Vang Vieng - LAOS​-

0 Comments:

Post a Comment