Pages

Previous Entry Kena Baca Jugak :)

Saturday, 7 June 2014

Al-Fatihah Martias Mohd Ali


Aku mengenali arwah tidak lah terlalu lama..
semuanya bermula ketika pertengahan tahun 2011.
waktu tu saya masih di Hungary.
memang perangai waktu tu buat video travelogue suka2.

tergerak hati untuk mencari fb groups backpackers yg base in Malaysia waktu tu.
sekali jumpa la Malaysian Backpackers Club.
Waktu tu yang saya tau cuma Kak Adza jer..
Saya share video travelogue pertama saya dalam MBC dan Kak Adza yang tunjukkan video saya tu pada Abg.Martias.
waktu malam tu jugak Abg.Martias message inbox fb saya.
Dia kata dia suka sangat konsep travelogue saya tu.
Saya kata, “saya buat suka2 jer bang..kongsi dengan kawan2 jer”


so saya stalk la siapa sebenarnya Martias Ali nih.
saya tengok dr profile picture dia,pakai baju ala2 hippies & tersenyum girang..
time tu saya tengok,eh ni cina mana pulak pakai baju hippies nih?
lain macam pulak nama Martias Ali..nama melayu tu.
yang menarik minat saya waktu dia,dia adalah orang yg bertanggungjawab untuk mengadakan shortfilm festival dalam Malaysia (correct me
if i’m wrong)
dan kebetulan juga saya memang suka dgn shortfilm.
korek punya korek,baru tau dia adalah orang dalam industri hiburan Malaysia..
belakang tabir senang kata.

tak sampai beberapa hari dia kata nak jumpa dengan saya untuk bincang pasal video travelogue “Passport to Europe” yg saya buat tu.
dia kata nak bawak masuk untuk siaran tv...
nak bawak masuk ke Astro..dia tanya cukup tak agak2 untuk 13 episode?
saya kata kalau campur2 semua footage memang lebih dari cukup..
cuma yg saya bimbang adalah content yg saya shoot tu ada yg tak berapa sesuai untuk siaran tv tempatan..

selang beberapa hari,dia ajak berjumpa..
hermm,tak ingat apa nama restoren tu dekat Kota Damansara..seblah dengan Tol keluar ke NKVE..malam tu jugak dia datang dengan Kak Adza.
waktu tu,saya yakin yg Abg.Martias ni seorang yang sangat serious & yakin tentang sesuatu perkara..
sesuatu yg dia ras itu yakin & pasti.
dari bersembang pasal video travelogue saya sampaikan la idea nak buat filem pasal backpackers & traveling.
Dia kata juga video “Passport to Europe” saya tu dia dah tunjuk kt Vice President Astro..dan dia suka untuk bawak masuk ke channel Astro..
tapi benda tak jadi apa sebab dia hand over to somebody untuk handle kan project tu..
orang yg patut teruskan project tu buat bodoh kot kt video capuk saya tuh..

itu cerita awal tahun 2012..benda berlaku kurang dari 72jam sejak dari dia nak bawak travelogue tu masuk tv.
well,masa berlalu hampir 9 bulan sebab saya dah dapat kerja baru & saya tak dapat nak teruskan niat abg.martias untuk bawak travelogue saya untuk siaran tv..
sepanjang 9 bulan tu abg.martias masih keep in touch dengan saya tentang project kita tu.
kalau tak,pertengahan tahun 2012 kita dah boleh tengok program Backpacking pertama dalam Malaysia dekat tv dah..

kali ke-2 saya pergi ke Hungary..
hari terakhir saya buat show yoyo di Hungary,tiba2 waktu petang tu mendapat panggilan telefon dari Malaysia..
terkejut saya sebab abg.Martias yang call direct dari Malaysia walaupun dia tau saya masih di Hungary..
itulah satu2nya panggilan telefon direct dari Malaysia yg saya pick up..
saya dapat rasakan berita baik dari beliau.
Dia kata “Nazri! kat Hungary lagi ker?ni nak bagitau,kau balik jer Malaysia kita terus bincang pasal project Travelogue Backpackers kita tuh!..ada slot untuk RTM kita dapat”

ya allah,syukur alhamdulillah,peluang dapat jugak akhirnya untuk laksanakan impian abg.martias & saya sendiri seronok sebab dapat berkongsi dengan lebih ramai orang pengalaman diri sendiri waktu mengembara.

balik jer Malaysia terus saya jumpa dia & kita plan macam2 untuk project Travelogue Backpacking tu..konsep program dah saya dok fikirkan macam2 sejak dari di Hungary lagi.
selama sebulan waktu dah balik Malaysia tu kita sama2 susun atur perjalanan kita untuk merentas Asia Tenggara..
sekadar rough plan jer,sebab saya bagitau kt abg.martias,saya tak suka plan terlalu detail..sebab itu bukan saya & konsep yg saya nak buat adalah realiti.
apa yg terjadi kt kita,baik atau buruk itulah yg akan kita kongsikan.

sambil2 planning untuk program “Kembara Backpackers Bersama Moji” tu,ada jugak plan dia nak buat macam2..
Cafe untuk backpackers,Resort untuk backpackers bersantai di Pulau dalam Malaysia,nak buat trip semua backpackers naik bas pusing semenanjung dan buat filem pasal Backpackers juga.

Sepanjang proses pengembaraan Kembara Backpackers,kitorang semua travel & backpack sama2..sebulan setengah diluar Malaysia dok mengadap muka masing2 setiap hari menjadikan saya dan krew2 lain bertambah rapat..
Abg.Martias memang seorang yg gila2 kalau time backpack..
apa sajer yg dia kata semua benda yg betul untuk content program tu.
BANYAK saya belajar dari beliau dan juga krew yg lain.
Abg.Bai,Bob & Boy adalah 3 krew yg lain..kami semua backpack sama2 sambil shoot program ni.
takder istilah mewah dalam program kami sebab kami semua shoot ‘guerilla’ style..

boleh kata sepanjang january 2012 sehingga Oktober 2012 saya & abg.Martias kerja sangat close..
dia selalu datang jenguk saya buat editing di rumah saya.ulang alik waktu malam buta & dok bawak saya pindah randah barang editing dari rumah pergi ke studio.
dia jugak yang bersusah payah untuk pastikan program ni dapat ikut dateline yg ditetapkan (walaupun memang lewat sikit)
well,waktu tu saya dah cakap kt abg.martias,maaf sebab tak dapat nak ikut dateline,sebab saya nak buat yg terbaik untuk program ni..sebab kita dah bersusah payah backpack & shooting.

our program is very humble program,saya dah kata kt abg.martias..
we share our experience thru our footage,story & adventure..
tidak perlu ediiting skill yg gempak & fancy VFX..
VFX & fancy editing hanya penambah perisa & bagi saya ianya seperti berselindung disebalik content cerita yg lemah dan footage yg tak berisi..
Abg.Martias yakin yg kita punya cerita & footage yg menarik untuk dikongsikan.
semua perkara dalam program kami sebenarnya adalah program yg sangat humble..takder nak gala screening bagai nak rak..
even waktu pertama kali saya nak buat screening pun saya plan nak santai2 jer..
tapi abg.martias berkeras kita kena buat elok2 sebab program ni dari backpackers untuk backpackers..
so dia berusaha untuk mendapatkan panggung mini P.Ramlee untuk tayangan perdana tuh..
takder la nak perdana sangat pun..its just a humble morning session with close backpackers friends mostly from MBC :)
dan saya juga jemput rakan2 terdekat saya..sebab bagi saya,rakan2 terdekat saya tu la yg banyak memberikan sokongan padu untuk menghasilkan program ni.
so,saya balas balik jasa baik mereka dengan buat yg terbaik untuk mereka waktu screening tuh.
Thanks Abg.Martias sebab kita berjaya buat screening yg humble tu.
Sama jugak waktu final episode program Kembara Backpackers.
Saya nak buat santai session jer..dan abg.martias sekali lagi berusaha untuk sediakan tempat paling santai untuk semua orang.
Di pusat gym MisFits Star Park

Waktu program Kembara Backpackers masih dalam proses editing,Abg.Martias ada beberapa kali sembang dalam kereta tentang idea dia nak buat filem.
Filem pertama arahan beliau.
Dia cerita secara kasar tentang idea filem dia tuh..
“kau bayangkan yer Moji,kapsul yg Tun.M tanam dulu tu sebenarnya boleh jadi Time Machine..bawak kita merentas masa & pergi ke zaman penting sejarah Melayu kita..”
dalam kepala otak saya rasa dah macam,wow! gempak idea abg.martias nih..
tak sampai beberapa minggu dah siap dah skrip hasil tulisan abg.martias bertajuk KAPSUL.
Pergh! kagum saya..Abg.Martias memang hebat kalau bab2 menulis nih.
tak disangkal lagi idea2 dia untuk drama tv & filem2 lain memang gempak..
Idea...Idea yg sangat bernas & jalan cerita yang bagus.

saya selak sehelai demi sehelai buku skrip filem KAPSUL tu..
sambil abg.Martias driving dia membebel macam2 & kepala saya dok terbang membayangkan yang filem sangat bagus jalan cerita dia.
Jalan cerita filem KAPSUL sangat ‘adventerous’..ala2 seorang pengembara yang sedang menjelajah dunia baru..sama seperti jiwa abg.Martias sebagai seorang backpackers.

Beliau juga individu yg memberi peluang kepada saya untuk menjadi editor untuk filem KAPSUL beliau ni.Juga menjadi shooter untuk ‘Behind the scene’ & still photo.
Bagi saya,menjadi editor untuk filem beliau itu sangat berat tugasannya.Tapi beliau yakin akan hasil yg saya boleh bagi kepada beliau.Sama seperti peluang yg diberikan oleh beliau untuk menghasilkan program Kembara Backpackers.
Menjadi host & Editor untuk program saya sendiri.
Beliau yakin yang saya sendiri akan dapat memberikan hasil yg terbaik jika dibuat sendiri oleh saya.

Sewaktu program Kembara Backpackers masih menunggu waktu siaran di TV,pernah sekali kami berdua pergi ke ‘meeting day’ antara Travel Agency & Tourism Malaysia di Akademi Tourism Malaysia (ntah apa nama sebenarnya).
Waktu tu saya tanya Abg.Martias..
“Bang,kita datang ni nak buat apa sebenarnya bang?”
dia jawab, “ntah la Moji,dia suruh aku sembang pasal Malaysia Backpackers Club & pasal aktiviti backpacking..nanti aku bedal jer la cakap apa yg patut”

Kak Adza pernah sekali berkata pada saya,”Abg.Martias kau nih sebenarnya boleh cepat blur Moji kalau nak berucap depan orang ramai..”
Waktu berdiri didepan khalayak ramai,antara game player2 dalam industry perlancogan di Malaysia nih,Abg.Martias dok membebel tentang kelebihan aktiviti backpacking & sumbangan backpackers terhadap sektor perlancongan dalam negara Malaysia.
Waktu tu,statement Mukhriz Mahathir tentang memperlekehkan backpackers adalah kelompok yang tidak mendatangkan apa2 faedah pada industri pelancongan Langkawi khususnya menjadi topik bualan kami.
Abg.Martias sangkal statement itu mengatakan,bagaimana sektor perlancongan Vietnam boleh mencanak maju hanya bergantung pada kelompok pelancong yg dipanggil Backpackers nih..

Tiba giliran saya memberikan sedikit ucap dua kata setelah diberi peluang oleh Abg.Martias.
Saya turut menyokong kenyataan beliau & turut berkongsi tentang pengalaman saya berkenaan industri pelancongan di Vietnam tu.
sedikit sebanyak dapat membuka mata game player industri perlancongan kita tentang sumbangan backpackers terhadap industri dalam & luar negara.

Antara perancangan Abg.Martias dengan Tourism Malaysia untuk 2014 adalah ingin membawa bakat2 muda dikalangan Backpackers Malaysia untuk pergi menjelajah negara lain untuk rangka promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Keutamaan akan diberikan pada ahli2 rakan Malaysian Backpackers Club (MBC).
Dia nak bagi peluang ahli MBC untuk bawak nama Malaysia ke peringkat dunia untuk berkongsi bakat busking atau persembahan backpakcers kita untuk menjelajah negara2 sasaran untuk menjemput pelancong/backpackers negara lain untuk datang ke Malaysia.
Namun,tidak kesampaian sebab beliau telah tiada.

Nak ikutkan,banyak idea2 & perancangan beliau untuk aktiviti MBC yang dia nak buat.Tapi disebabkan kekangan masa & kesibukan tugasan beliau dalam industri hiburan menyebabkan beliau tidak berkesampaian nak buat.
Lagipun,dia pernah bercakap..
”Moji,sebenarnya aku harapkan MBC ni digerakkan oleh ahli2nya..kalau nak harapkan aku dgn Kak Adza yg buat,memang susah la,sebab kita ber2 jer dah sibuk..ada lebih 20ribu ahli dalam MBC tu,mesti paling tidak ada 10org yg boleh jadi teraju untuk gerakkan aktiviti..dalam MBC tu ada macam2 jenis orang..Doktor ada,Bos2,Businesman,Profesor & artis2 pun ada..masyarakat majmuk dalam MBC tu..”

Disebabkan kesibukan tugasan mereka sebagai orang dalam industri membuatkan aku menawarkan diri untuk menjadi admin sebagai membantu mereka handle FB Groups MBC ni..
awalnya hanya ada 3 orang sahaja admin dlm MBC Fb groups nih.
tapi yg betul2 aktif hanya kak adza & abg.martias..tapi abg.martias lagi sibuk dr Kak Adza..so tinggal lah kak adza sorang yang kerap muncul & handle MBC FB Groups ni.
Aku just muncul disini sebagai admin baru sekadar membantu untuk meringankan tangan mereka.
Hanya beberapa pembaharuan jer yang aku buat..itupun atas niat ingin memastikan MBC ni ‘bersih’ & teratur sedikit..tak banyak aku inginkan,hanya sikit ‘bersih’ jer dari kebiasaannya..
Kalau anda rasa tugas aku sebagai admin gagal sebab MBC menjadi tidak seperti dulu,aku minta maaf..
Anda cuba tanya balik diri anda & selidik balik kenapa ianya tidak jadi seperti dahulu.
Perpecahan & sikap berpuak2 menjadi2 hanya disebabkan sikap iri hati & busuk hati hanya disebabkan isu2 kecil yg sengaja diperpanjangkan.
Aku sendiri tak suka cari masalah & buat isu dengan sesiapa.sebab aku ada hal aku sendiri yg perlu aku buat.
Jika ada yg rasa punya masalah dengan aku,cuba fikirkan balik,kenapa anda perlu timbulkan perasaan ‘ada masalah’ dengan aku tu?
nonsense ok.

Sekarang,Filem Kapsul masih dalam proses suntingan..Abg.Martias dah takder.
Tak kesampaian dia nak tengok filem arahan pertama beliau.
Impian dia untuk tengok program Backpacking pertama dalam Malaysia telah berjaya.
Aku dah buat sehabis baik untuk laksanakan tugasan aku untuk beliau.
Malah program “Dengan Berbasikal Aku Menjelajah” dari Zahariz Khuzaimah juga adalah dengan bantuan Abg.Martias.
Abg.Martias lah yg berusaha untuk pastikan yg kita semua dapat melihat 1 program baru dalam hiburan tv kita.
Bagi aku,aku sangat bangga & suka dengan program tu sebab ianya 1 kelainan berbanding program hiburan yg sedia ada..
Perancangan untuk musim kedua program Kembara Backpackers juga dah lama kami rancangkan.Malah terdapat 1 project terbaru yang kami nak rangka selepas Raya Aidilfitri tahun ni.
Malangnya,beliau sudah tiada..tapi aku tetap akan meneruskannya.
Dan untuk kali ni juga,aku akan meneruskan impian aku untuk menjejakkan kaki aku ke Machu Picchu & beberapa destinasi lain.
Abg.Martias juga berimpian untuk menjejakkan kaki ke benua Amerika Selatan nih.Machu Picchu juga adalah salah 1 impian beliau.
2 Minggu sebelum beliau meninggalkan kita,beliau masih sempat menulis sajak/puisi terakhir beliau.
sila baca dibawah..Ianya ditulis 4 hari sebelum beliau meninggal.
___________________________________________


________________________________________________________

dan kata2 terakhir beliau nih membuatkan aku bersemangat untuk meneruskan impian aku untuk terus menjelajah.
________________________________________________________


________________________________________________________

Sepanjang Abg.Martias sakit aku tak sempat langsung untuk menziarahi beliau.sebab aku masih lagi berada di luar negara.
Aku juga malas nak bertanya kepada Kak Adza atau Abg.Martias apa yg terjadi kepada beliau.Aku malas nak ganggu mereka yg sedang dalam kesusahan.
Hanya mengikut perkembangan melalui fb jer.samibl2 tu sempat jugak la bertanya kepada rakan rapat beliau.
Hanya 3,4hari sebelum beliau pergi aku akhirnya dapat bertanya khabar dari Kak.Adza sendiri..
Malah,sehari sebelum beliau pergi meninggalkan kita,aku sempat berjanji untuk buat 1 video pendek untuk menggembirakan Abg.martias..
aku nak buat facetime call,tapi kt hospital beliau takder wifi pulak.sebab tu la nak kena buat video.tapi atas disebabkan aku terlalu sibuk dengan kerja & kepenatan,aku jadi terlupa & tertidur semalaman sehingga la pagi esok waktu Bolivia.
Aku dikejutkan dengan berita beliau dah meninggalkan kita semua.
Untuk 10min pertama aku macam tak percaya.aku masih boleh cuba tenangkan diri aku seketika..5min kemudian,aku tak dapat menahan sebak sebab benda tu betul2 berlaku.
Untuk sepanjang hari khamis tu aku jadi tak menentu.dalam kepala otak aku dok teringiang2 semua kata2 beliau & lawak2 sengal yg dia buat..
Aku dok terfikirkan waktu2 kita bekerja sangat rapat untuk semua project filem & kembara backpackers yg kita buat..10bulan project Kembara Backpackers kita dok kerja serapat mungkin untuk hasilkn program untuk dikongsikan dengan penonton..
4 bln project filem KAPSUL di set & di studio kami bekerja serapat mungkin untuk pastikan Filem Kapsul menjadi seperti apa yang dia inginkan.

*panjang sangat dah aku bebel ni.Boleh sambung sampai tahun depan kalau nak citerkan pasal Abg.Martias nih.Kalau ada masa,ngeteh la sembang lagi lanjut lagi best*

sepanjang hari Khamis aku meratapi pemergian abg.martias sampai ke esokan harinya.
Tapi mengambil masa hampir seminggu untuk aku tuliskan perasaan aku nih.

________________________________________

_________________________________

He is my travel partner,my mentor,my inspirational,my big brother,my idol and my biggest supporter..
Al-Fatihah Martias Mohd Ali (05.10.68 - 29.05.14)
FOUNDER & President of Malaysia Backpackers Club..
he fight about backpacking in Malaysian Tourism Board.
Thank You very much.

Nazri Arshad @ Moji
Buenos Aires.
430AM



5 minit kemudian...

------------------------------------

8 comments:

  1. Salam takziah ke atas keluarga beliau. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih sebab sudi luangkan waktu untuk membaca...saya hanya tulis dari hati saya & apa yg saya fikirkan..itulah apa yg saya rasakan sewaktu menulis entry nih :)

      Delete
  4. Assalamualaikum moji.. saya dan suami sangat meminati rancangan awak, backpacker bersama moji. terutama part awak ke Kemboja. memang seronok tengok.. sedih saya baca berita arwah martias.. saya berkawan dengan kak adza melalui blog selama ni. terkesan saya melihat beliau tabah menjaga anak2 setelah pemergian suami tercinta T___________T"

    ReplyDelete