Pages

Previous Entry Kena Baca Jugak :)

Monday, 20 August 2012

Aidilfitri 2012 thru my iPhone

As'salamualaikum buat SEMUA rakan2 & sanak saudara yang mengenali saya :)
ok,ok..memang bukan aku la kalau dalam blog sendiri nak guna ayat ganti diri "Saya"..

 dalam blog aku memang sangat jarang pakai ayat ganti diri "saya" sebab paling utama,
ada 4 huruf nak kena taip & huruf2 nya jauh!..haha
lagipun lebih natural & selesa aku membahasakan diri aku sendiri AKU dlm blog AKU sendiri..

ok,sebelum aku melalut lebih jauh,nih entry blog untuk Aidilfitri 2012.
Koleksi2 foto yang aku snap & Edit HANYA menggunakan iPhone 4 jer..
al-kisahnyer Hari Raya memang aku malas nak galas dSlr..dah le besor,berat,malas laa..
so,dslr aku kasi sedara kecik aku jer yg pegang.aku plak snap foto pakai iPhone jer..
lagi seronok sebab anytime aku bole snap & edit terus kalau ada free time. (sambil dengar khutbah raya pun aku sempat lagi edit foto)
______________________________

* Surprise ;) *



Ok,kita mulakan dulu dengan cerita sehari sebelum 1 Syawal..iaitu,Ramadhan Terakhir untuk tahun Hijrah 1433 / 2012 Masehi.

Sabtu itu adalah hari terakhir persediaan untuk hari raya..
Tapi aku tidak membeli apa2 persalinan baru pun.Hanya beli beberapa benda2 kecil untuk diri sendiri & isi rumah jer.
Seperti kebiasaan Raya tahun2 sebelum nih,aku tidak terlalu me'reward'kan diri aku untuk hari raya.
Sebab bagi aku,kebahagiaan & keceriaan orang lain lebih penting.
Dari situ aku gembira.Gembira melihat orang lain gembira.

Alhamdulillah,3 orang pertama yang dapat aku GEMBIRAKAN sebelum & semasa hari Raya ini.
bagi diri aku,aku cukup gembira melihat orang lain gembira.
Hope korang pun gembira jugak la yer.
CERITA lebih2 pun aku tau korang boring tengok ekonomi perbualan aku :p

Picture's tell the whole story :)
enjoy !
_______________________________________________________________

A Day Before Aidilfitri / Last Day of Ramadhan.

* Menggembirakan Hati si Mamat nih *

* read this! Starhill..yeah! im heading to Starhill as my 1st stop *




Tahun nih,orang pertama yg aku buat gembira adalah seorang insan tuh.
Rakan kenalan lama aku.Sejak dari zaman aku mula berkecimpung dalam dunia rekreasi luar (outdoor) aku dah mula kenal dia.
Tapi,sejak dari tahun 2009 (kalau tak silap aku) kitorang dah tak pernah berjumpa apatah lagi berselisih.
Ntah mana dia menghilang atau aku yang menghilang haha..sebab lepas program terakhir tuh aku terus fly gi Bolivia untuk 3 bulan.Sebab tuh kot :p

Aku hantar sedikit 'bingkisan' untuk dia sebagai reward seorang yang rajin bekerja walaupun pada hari terakhir ramadhan / sehari sebelum raya masih rajin bekerja :D
*Salute*

Aku tak bersua muka pun dengan dia,aku hand over bingkisan tuh kat kawan sekerja dia jer..
just a simple surprise for him/her.
that's it! tutup citer pasal Surprise nih ;)
jangan nak mengada tanya siapa orang tuh..haha,lebey pulak nanti..
________________________________
* wink2 ;)..bingkisan / juadah berbuka 'surprise' *
* hachooo...gamba nih pun termasuk sekali pulak :p..sory,tak sengaja *



* Wau at Pavilion : Decoration for Aidilfitri - tak ke pelik Deco untuk Hari Raya pakai Wau pulak..jadah mana hilangnya Ketupat dowh?!?! *
* rasa cam nak start pakai kacamata tanpa power bingkai hitam nih pulak,amacam korang?
nampak cam Selenger ke atau ok x dengan muka aku? *
dah tua mengada2

* chantek tak baju raya aku nih? *


Seterusnya,2nd person yang aku gembirakan.
tuh haaa..mamat kt bawah tuh..Shidi namanya..
kesian SANGAT dah dia nih..Raya sorang2 jer..
tak balik kampung pun..aku memahami perasaan dia beraya sorang2.
So,aku ajak la dia jenjalan tengok KL sebelum raya nih.
Penat katanya dia berjalan dengan aku.Choiyyy...
cer kalau teman awek berjalan,takder pulak kau nak complaint penat berjalan hahaha!!

Misi kitorang hanya pusing2 area Starhill,Pavi,BB & Low Yat.
aku g beli mouse jer pun kt low yat tuh..
lagipun aku jarang sangat berjalan KL dah..sibuk dengan kerja jer pun..
tengok arus kemodenan yg telah melanda Malaysia sekali sekala apanya kan.

Gedebak-Gedebuk terus petang kitorang g area Jln.Tunku Abdul Rahman pulak..
aku sajer ajak dia tengok ragam orang kota sebelum raya.
Belum nak padat lagi Jln.TAR ptg tuh..ramai memang ramai,tapi belum PADAT.
mungkin waktu mlm raya baruuuu la padat giler.

Gedebak-Gedebuk sekali lagi dipendekkan cerita,balik la ke rumah untuk berbuka.
ngam2 jer sampai rumah aku terus berbuka dengan sanak saudara.
Aku ajak si SHidi nih datang umah aku berbuka sekali,malu2 beruk pulak dia.
alar,nak gembirakan hati dia berbuka sorang2 pulak :p kesiann..
______________________________



* piano mana bang?? camner nak collect duit kalau xder alat music :p *





* Hang Tuah di Jln.Tunku ABdul Rahman *

* Songkok *

* seumur hidup aku,belum pernah lagi aku nak tergerak hati masuk dalam Semua House tuh.Korang pernah masuk?? *




* Abg.Koboi pun ada kt Jln.Tunku Abdul Rahman :D *

* Bubbles! *

* awak nak? saya belikan;) *


* tengok jagung nih teringat masa makan jagung bakar kt Kawah Putih,Ciwidey *




* ayam gorenggggg..tergugat iman tengok ayam dia :D *

* Upinnnn!! *

* Insya'allah,nanti pakai ketayap jer la senang,susah skit tercabut dr kepala botak ku ;) *

* kelas kau..AdeBoy pun boleyyy *

* tahun nih aku tak beli kuih raya pun.sedara mara dah banyak belikan *

* TNT - benda yg memang aku takkan membazir beli :) * 


* pernah sekali Raya tahun 2008 kalu x silap,aku belikan 15pcs Pashmina untuk makcik2 aku..
sudahnya,baju raya sendiri terus tak jadi beli.nak gembirakan orang punya pasal *
 

* bila yer kali terakhir aku gunakan public phone??korang? *



Pagi 1 SYAWAL 1433H / 19/8/2012


Ni nak cerita pagi raya pulak.
Time pergi Solat Sunat Aidilfitri nih best.
sebelum nak start solat kan kebiasaan iman masjis akan ajar sikit & peringatan sikit2 pasal 
cara solat sunat aidilfitri & niat solat semua tuh kan..
orang yg dok bercakap nih pun lawak jugak laa..

Mula2 tuh imam tuh nak ajar la step by step cara solat sunat aidilfitri,
lepas 1-1 step dia cakap,last sekali dia cakap;
"kalau susah jugak nak ingat step,ikut saje la Imam solat"
haha..kan senanggg..

Dah lagi 1 pulak kes lawak.
Dia nak pesan kat semua jemaah masjid supaya lepas solat perlu lah duduk tunggu dulu
dengar Khutbah Aidilfitri kann.
Pastu dia nak la buat reminder tuh untuk warga2 Bangladesh pulak.
konon2 disebabkan dia risau warga Bangla nih tak faham pelat bahasa melayu yg dia cakap,
so dia panggil la sorang mat Bangla nih untuk cuba bagitau kt rakan2 Bangla dia.
dengan harapan tok imam nih,si Mat Bangla nih cakap dalam bahasa Bangladesh la kan..
tau2,mat Bangla nih cakap dalam bahasa melayu jugak!
hahahaha!! TAK JADI HAPER!..
bantai gelak jer jemaah lain bila dengar imam nih terkekek gelak sebab tak jadi reminder dia tuh haha..

1 lagi kisah dijadikan ceritanyer..

aku nih rasanya cam kesian jugak kt diri sendiri.
dalam seumur hidup nih,berapa kali jer aku pernah solat aidilfitri dengan berpakaian LENGKAP.
dari songkok ke sampin bagai.
Songkok & Sampin bai! Raree chooo..
macam nak pergi bernikah jer ;)

Time ambik wudhuk tuh aku letak la songkok aku kt atas tembok tempat wudhuk tuh.
pastu solat gedebak-gedebuk..selesai solat aku terasa kepala aku ringan jer..
CHHooooo..Songkok aku takder rupanya! haha..aku terlupa songkok aku kt tempat wudhuk rupanya!
Bergegas la aku g balik kt tempat wudhuk tuh..

Alahaaii..kesianya diri aku nih..SOngkok BARU aku tuh dah kena rembat :(
yang lebih baiknya,orang yg berkemungkin 'terambik' songkok aku tuh boleh pulak TUKAR GANTI
dengan songkok dia :D

Songkok dia dah ler besau! sedikit lusuh dah tak keras.
sedangkan songkok aku tuh baru jer beli 4,5bln lepas :(
SOngkok yang aku baru beli tuh adalah songkok pertama aku beli dalam jangka masa lebih 10tahun aku rasa..
So,aku berhari raya dengan songkok besau jer..songkok baru tuh aku anggap jer la sedekah
kat orang yang ambik tuh..
baik jugak hati dia tukar ganti dengan songkok dia.
kalau idak,habuk pun tarak :(
Tak per la..songkok jer pun.boleh beli baru kot..
Anggap jer la sedekah di hari Raya :)
___________________________

* my ride for Aidilfitri :D...haha,uncle aku punya laa..aku minat mini cooper jer *

* Masjid di Subang Permai *

* Bersedia masuk ke dalam *

* inilah dia Songkok yang telah diTUKARkan tuh :( besaaauuuu sangat! *

* jemaah masjid *


* alhamdulillah,aku dah bayar awal2 tahun nih,xmoh lambat2 nnti x sempat *

* 3 orang sepupu yang pertama menerima Duit Raya Double dari aku *

* malu2 tapi mahuuu,dia punya salam kedahii daa *

* hohoho!! nenek dapat duit raya paling TEBAL! *




* 3 sepupu dari keluarga seterusnya pula yg menerima Duit Raya Double tahun ini *

* arwah atuk aku punya adik beradik - rumah pertama kami serang untuk beraya di Kg.Medan :D *


*Boleh tahan jugak Atuk nih punya gurau haha :D *
* rumah ke-2 kami serang *

* nih pun keluarga belah arwah atuk aku.rumah no.2 yg kami serang! *

* 2 orang lagi sepupu saudara lain menerima Duit Raya Double :D *

* si Aiman kecik nih memang katun! *

* Rumah ke-3 kami serang *

* dah pulak kebetulan muka anak tuan rumah nih seiras dengan Nadia :p *

* my 1st Meal at 1st House - Gulai Ayam,Rendang Daging,Nasi Himpit,Lemang,Air Limau : perut tengah LAPAR *
* 2nd Meal at 2nd House - Rendang Ayam,Rendang Daging,Nasi Himpit,Air Blackcurrant 'potong kaki' : SELERA masih ada *
* 3rd Meal at 3rd House - Lemang,Nasi Himpit,Rendang Kerang,Rendang Ayam,Air Limau
: PERUT DAH KENYANG dah time nih,tapi sumbatkan jugak! hahaha! * 
* Tahun nih,tak ramai saudara mara yang balik beraya Hari Pertama disini.cuma ada 2 keluarga CIKGU nih jer *


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI SAYA & BUAT SEMUA PERAJURIT YANG BERTUGAS UNTUK MALAYSIA.
MOHON MAAF ZAHIR BATIN,Minta Halal Makan Minum & Segala yang terlanjur,terlebih & terkurang.
Anda kenal siapa saya,anda tahu siapa saya disisi anda.Friend Forever,Love the One & Only.Setia pada yang satu ok ;)


Tahun nih tak sempat nak edit video travelogue sendiri.Video Raya tahun lepas pun x sempat edit.
Tapi korang enjoy jer la video kenangan Raya 2009 nih yang aku edit tahun 2011 haha..
So,video raya tahun 2011 kena la edit 2 tahun kemudian,tahun 2013 laa..

- DENDANG PERANTAU -


Dendang Perantau : Nazri Arshad from Nazri Arshad (MoJi) on Vimeo.

TAK COMMENT takper...tapi kalau TAK LIKE entry blog nih bagaikan anda makan lemang tanpa rendang di Hari Raya :D

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Faa kim slm kt keluarga:)

    ReplyDelete
  2. wah...cantik betul gambar...
    selamat hari raya untuk kamu sekeluarga...

    *salam kenal sepupu nadia :)

    ReplyDelete