Beberapa minggu lepas seorang rakan traveler saya Link Gud kehilangan beg kamera beliau didalam pesawat milik Air Asia.
Penerbangan dari Filipina menuju ke Malaysia. Setibanya dalam lapangan terbang, baru perasan beg kamera telah tertinggal dibawah tempat duduknya.
Saya kongsikan sedikit #TravelerTips101 dari pengalaman saya yang lepas apa yang perlu dibuat.
—————————————————
Sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit cerita kejadian dimana beg kamera saya juga pernah tertinggal didalam kenderaan.
.
2007.
Pertama kali saya memiliki sebuah kamera digital berjenama Canon model S3is hasil penat lelah bekerja membuat promosi & persembahan Yoyo di Jakarta selama beberapa bulan pertama. Saya turut membeli sebuah beg yang dapat memuatkan kamera tersebut.
Menjadi amalan saya untuk menulis maklumat peribadi atau menyelitkan ‘name card’ pada beg peribadi saya.
Dalam gambar dibawah, saya menulis NAMA PENUH, ALAMAT, NOMBOR TELEFON & EMAIL untuk dihubungi jika seseorang yang baik hati menjumpai beg saya yang hilang.
*IKHTIAR / TAWAKKAL*
Jarak perjalanan memang tidak jauh, tapi entah kenapa pada hari tersebut saya dipaksa untuk duduk dihadapan hanya disebabkan saya boleh berbahasa Indonesia berbanding rakan saya yang lain.
Mereka semua berasal dari Brazil, Hong Kong, China & Argentina. Tak seorang pandai berbahasa Indonesia.
Disebabkan ruang duduk dihadapan menjadi sempit, saya menyelitkan beg kamera saya dibawah tempat duduk.
Orang South America badan besar & kaki panjang, jadi saya terpaksa anjak kehadapan kerusi saya.
Kami bergegas turun untuk persembahan Yoyo pada petang tersebut.
Selepas beberapa minit Teksi Blue Bird tersebut beredar, baru saya tersedar yang saya cuma mengambil beg yoyo saya & beg kamera saya tertinggal!
Gara-gara cemas, saya berlari keluar untuk mencari teksi tu semula.
Malangnya, dah lesap keluar dari kawasan tersebut.
Saya tak berputus asa. Saya tarik diri untuk membuat persembahan pada petang tersebut & saya mengambil Teksi Blue Bird yang lain untuk pergi ke HQ syarikat tersebut yang terletak di bahagian Jakarta Selatan.
Bayangkan, waktu petang di tengah bandaraya Jakarta, kesesakan lalulintas dimana-mana & saya terpaksa meredah sendirian tanpa diteman oleh sesiapa.
Walaupun risau beg tersebut akan diambil oleh penumpang yang seterusnya,tapi saya optimis & positif beg tersebut MUNGKIN akan dipulangkan ke HQ syarikat Blue Bird.
Selepas lebih 1 jam perjalanan yang bosan kerana kesesakan lalu lintas, saya tiba di HQ Blue Bird dan membuat laporan kejadian tanpa apa-apa maklumat peribadi dari pemandu teksi yang saya naiki tadi.
Saya pasrah & cuma mengharapkan pemandu tersebut akan cuba menghubungi saya melalui maklumat saya yang tertera dalam beg kamera saya.
*Email saya*
Saya pulang ke apartment saya & beberapa jam kemudian pihak HQ menghubungi saya mengatakan pemandu tersebut telah menghubungi pejabat & menjumpai beg kamera saya!
Alamat apartment & nombor telefon saya di Jakarta telah awal-awal saya tinggalkan di HQ Blue Bird untuk mereka hubungi saya, dan petugas lain akan menghantar beg serta kamera saya pada lewat malam setelah dia selesai bertugas.
Alhamdulillah, pada malam kejadian tersebut saya dah mendapatkan kembali beg kamera saya tanpa kehilangan satu barang pun.
Saya memberikan upah hantar pada petugas Blue Bird tersebut sebab mengembalikan beg kamera saya. Pemandu asal yang menjumpai beg saya telah pulang ke rumah.
*Beg saya dihantar ke HQ untuk diuruskan oleh petugas lain*
Ternyata tak sia-sia saya memilih syarikat Teksi Blue Bird, tambang yang dikenakan bukan sebarangan (pakai meter) & pemandu semuanya beretika.
Waktu saya ingin ‘transfer’ gambar ke dalam komputer, ada beberapa keping gambar swafoto/selfie (secara tak sengaja) pemandu tersebut. Mungkin dia ingin mencuba & melihat bagaimana kamera tersebut berfungsi.
Semenjak kejadian tersebut, saya akan PASTIKAN setiap beg saya yang berasingan akan diselitkan NAME CARD atau DITULIS MAKLUMAT PERIBADI saya DIBAHAGIAN DALAM beg.
Kalau berada diluar negara, boleh juga tuliskan maklumat terkini/semasa diatas sekeping kertas & selitkan.
Setidaknya, kita ada ikhtiar sedikit.
Lihat pada beg kamera Dslr saya yang lebih kecil.
Saya tidak menconteng maklumat saya pada penutup sebab ada poket kecil disitu, jadi saya cukup sekadar meletakkan name card.
Tapi, sebenarnya LEBIH BAGUS jika ada 1 tanda KEKAL pada beg tersebut berbanding name card mahupun tag bergantung yang selalu orang pakai tu.
Sebab tag tu boleh dicabut & dibuang terus kalau pencuri nak ambil.
———————————————————————
Saya lebih optimis pada beg kamera dia yang tertinggal dalam pesawat.
Peluang untuk mendapatkan semula LEBIH CERAH berbanding kenderaan darat.
Dibawah antara tips & langkah yang perlu diambil jika berlaku kejadian tertinggal beg didalam kenderaan/pesawat.
1) Kumpulkan bukti bergambar beg kamera tersebut,gambar kamera yang hilang, dan apa sahaja gambar barang yang ada dalam beg tu & maklumat setiap barang yang kita ingat ada dalam beg tersebut.
Gambar dari dalam telefon selalunya pasti ada terselit gambar barangan kita.
Ini bagi memberikan gambaran jelas/mudah pada petugas.
2) Masa membuat laporan, tunjuk gambar beg kamera & jenis kamera yang hilang.
Setidaknya kita ada bukti yang beg/kamera tu memang kita ada bawak masa bercuti & naik pesawat mereka.
3) Dari situ beritahu pada mereka SEMUA kemungkinan yang boleh terjadi baik kemungkinan yang baik (cabin krew simpan dulu di belakang pesawat) ataupun tak baik (krew yang membersihkan cabin tu rembat terus)
4) Biar staff yang ambik laporan tersebut tahu yang kita BENAR-BENAR TAHU SELOK BELOK apa akan terjadi dekat barang yang hilang.
Jangan tuduh, cuma bagi kebarangkalian yang mungkin terjadi.
5) Kemudian berdoa & tawakal jer la..
*Gambar yang tak back up tu kadang buat lagi sedih nak menangis berbanding kamera yang hilang.
ALTERNATIF LAIN / Melalui Media Sosial.
6) Cuba buat satu facebook post yang di setting public untuk diviralkan & perkara paling penting,
mintak netizen TAG nama Flight Attendant (FA) yang bertugas dalam penerbangan tersebut..
kongsikan Flight Code & Jadual Flight kita.
Minta semua rakan yang bekerja dengan syarikat penerbangan untuk mengesan siapa yang bertugas dalam flight tersebut.
*share sekali gambar yang berkenaan*
7) Kemungkinan SOP mereka adalah, FA akan round satu kali selepas semua penumpang keluar untuk melihat jika ada barang yang tertinggal.
Sebab saya selalu menjadi orang yang terakhir setiap kali keluar dari pesawat & selalu nampak FA akan kutip mana yang patut dulu sebelum masuk petugas nak vacum ke atau letak bantal/selimut (ikut airline)
kita usaha! kita buat! insya'allah tuhan akan bantu.
Read more!